e-ILTP JPSM

 


JPSM Login



Course ID: M-052-1/2 - Setiausaha (SKM Tahap 1 & 2) (Wanita Sahaja)

SINOPSIS PROGRAM INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP)
JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM)
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SUMBER & KEMAJUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (KPSKTM)

Harap maklum, permohonan secara online telah ditutup.

1 Nama & Kod Program:
1 Terbuka Kepada:
2 Objektif:

Peranan seorang Setiausaha adalah bertanggungjawab terhadap kerja – kerja sokongan pentadbiran contohnya seperti menderaf surat, tugas fotostat dan membantu Setiausaha Kanan dalam sesebuah organisasi melaksanakan tugas – tugas pentadbiran. Disamping itu juga, Setiausaha Rendah juga perlu boleh melaksanakan dan berpengetahuan di dalam urusan menyambut tetamu atau pelanggan yang datang berurusan, mengurus dan merekod surat masuk / keluar, menyediakan minuman ringan kepada tetamu, mengurus rekod pelanggan, tugas – tugas menaip serta mengurus temujanji majikan.

Diakhir program ; pelatih dijangka dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam pengurusan pejabat serta pengendalian mesin pejabat yang mana mampu membantu setiausaha di dalam melaksanakan tugasan harian mereka.

3 Kandungan:

3. 1 Subjek Utama (Core Subject)Tahap 1

LP 01   :           Typing
LP 02   :           Shorthand
LP 03   :           Prepare business documents
LP 04   :           Printing
LP 05   :           Handle customers
LP 06   :           Handle telephone calls
LP 07   :           Photocopying
LP 08   :           Franking
LP 09   :           Faxing documents
LP 10   :           Dispose unwanted documents

3.2 Subjek Tambahan (Core Abilities) Tahap 1

1.         Workplace safety
2.         Organizational structure
3          Work within system
4.         Workplace culture and ethics
5.         Basic handling information
6.         Communication function
7.         Handling problem
8.         Information technology application
  • Bahasa Inggeris
  • Simpankira
  • Word processing
  • Electronic typing

 

3.4 Subjek Utama (Core Subject) Tahap 2 

LP 01   :           Public relation
LP 02   :           Administration Functions
LP 03   :           Mailing
LP 04   :           Filing system
LP 05   :           Language translation
LP 06   :           Prepare meeting
LP 07   :           Handle conferences
LP 08   :           Travel arrangements
LP 09   :           Accounting
LP 10   :           Stock inventory

 3.5 Subjek Tambahan (Core Abilities) Tahap 2

  1. Manage workplace
  2. Work with system
  3. Handling information
  4. Collabrate with colleagues
  • Bahasa Inggeris
  • Simpankira
4 Metodologi Latihan:

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) disampaikan secara teori, demonstrasi, perbincangan , praktikal/amali dan penilaian

5 Syarat Kemasukan:

5.1 Kumpulan Sasaran:
1. Belia tempatan Negeri Sabah.
2. Perempuan.
3. Berumur 18 tahun hingga 26 tahun
4. Bujang

5.2 Kelayakan Akademik
1. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Lulus matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam SPM

6 Tarikh Latihan:

Januari hingga Disember/ 12 bulan (Tahap 1 = 6 bulan /Januari hingga Jun dan Tahap 2 = 6 bulan /Julai hingga Disember)

7 Tempat Latihan: Kampus Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Jalan Pantai Manis, Papar
8 Yuran:

1. Pendaftaran : RM100. 00
2. Peperiksaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Tahap 1: RM 100.00
3. Peperiksaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Tahap 2: RM 100.00

4.  Cagaran Perpustakaan - RM100

9 Bilangan: 30 orang pelatih setiap ambilan kemasukan
10 Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu
11 Sistem Penilaian dan Persijilan:

1. Penilaian Teori dan Amali Tahap 1 (Terampil / Belum Terampil) 2. Peperiksaan Akhir Tahap 2 (Lulus / Gagal)

12 Tahap Sijil:

1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)Tahap 1
2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)Tahap 2

(SKM dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia kepada pelatih yang menjalani latihan kemahiran di institusi yang berdaftar sebagai Pusat Bertauliah JPK di seluruh Malaysia)

13 Kemudahan disediakan:

Asrama, makan-minum harian, pakaian seragam, pinjaman buku teks, peralatan dan bahan latihan serta elaun bulanan (RM160.00).

14 Pertanyaan Lanjut:

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ini boleh diajukan kepada:

Pegawai Latihan Kanan (ILTP)
Emel : Tianinun.Iping@sabah.gov.my / webmaster.jpsm@sabah.gov.my
Nombor telefon : 088-270573
Nombor Fax : 088-225022