e-ILTP JPSM

 


JPSM Login



Course ID: H-024-1/2 - Jurukimpal Arka Logam Berperisai (SKM Tahap 1 & 2)

SINOPSIS PROGRAM INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP) JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM)

Harap maklum, permohonan secara online telah ditutup.

1 Nama & Kod Program:
1 Terbuka Kepada:
2 Objektif:

Melahirkan seseorang individu yang berketrampilan dalam pelbagai konteks yang memerlukan tanggungjawab persendirian dan autonomi, kemahiran teknikal dan penyeliaan.

Diakhir program; pelatih dijangka dapat:

  1. Mematuhi prosedur latihan dengan selamat apabila melakukan kerja kimpalan dan kerja yang berkaitan.
  2. Menafsirkan lukisan-lukisan kimpalan dan arahan pengajaran.
  3. Menyukat, menanda, menghampar bahan kerja dan memotong bahan menggunakan alatan gas pemotong (gas cutting equipment), disc cutter, power saw dan air plasma cutting.
  4. Menyediakan sambungan-sambungan, padan dan memaku kepingan-kepingan kerja sebelum dikimpal.
  5. Menyedia dan mengeset mesin kimpalan jenis SMAW dan alatan-alatannya sebelum melakukan kimpalan pada plat stebal 6 mm hingga 12 mm, dan pada saiz paip nominal daripada 2 inci hingga 8 inci pada kedudukan 1G dan 5G.
  6. Menyedia dan membimbing latihan bagi proses prapanas pada bendakerja.
  7. Melakukan ujian mekanikal pada kepingan kerja kimpalan.
  8. Memeriksa sambungan-sambungan kimpalan secara visual menggunakan ’inspection kit’.
3 Kandungan:

3.1 Subjek Utama (Core Subject)Tahap 1
 
LP 01 :      Workshop Safety Rule
LP 02 :     Fire Safety
LP 03 :     Personal Safety
LP 04 :     Welding Material
LP 05 :     Technical Drawing
LP 06 :     Welding Equipment
LP 07 :     Introduction SMAW
LP 08 :     Welding Consumables
LP 09 :     Cutting Process
LP 10 :     Mechanical Cutting Process
LP 11 :     Prepare Material for Welding
LP 12 :     SMAW Plate / Pipe 2F – 1G
LP 13 :     Quality Control


1.2   Subjek Tambahan/Core Abilities Tahap 1

M 01 :      Workplace Safety
M 02 :      Organizational Structure
M 03 :      Work within System
M 04 :      Workplace Culture & Ethics
M 05 :      Basic Information Handling
M 06 :      Communication Function
M 07 :      Basic Handling Problems
M 08 :       IT Application


1.3   Subjek Tambahan:

       Bahasa Inggeris Teknikal

3.3 Subjek Utama (Core Subject) Tahap 2

 LP 01 :            Welding Procedure
LP 02 :            Plasma Cutting
LP 03 :            SMAW Carbon Steel and  Dissimiler Metal
LP 04 :            SMAW 2G, 5G
LP 05 :            Heat Treatment
LP 06 :            Quality Inspection

 3.4 Subjek Tambahan/Core Abilities Tahap 2

M 01:              Manage Work Activities
M 02:              Managing System
M 03:              Handling Information
M 04:              Collaborate with Colleagues

3.5. Subjek Tambahan:

              Bahasa Inggeris Teknikal

4 Metodologi Latihan:

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) disampaikan secara teori, demonstrasi, perbincangan , praktikal/amali dan penilaian.

5 Syarat Kemasukan:

1. Kumpulan Sasaran:

  1. Belia tempatan Negeri Sabah.
  2. Lelaki dan Perempuan.
  3. Berumur 18 tahun hingga 26 tahun
  4. Bujang

2. Kelayakan Akademik

  1. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  2. Lulus matapelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik  dalam SPM
6 Tarikh Latihan:

Januari hingga Disember/ 12 bulan (Tahap 1 = 6 bulan /Januari hingga Jun dan Tahap 2 = 6 bulan /Julai hingga Disember)

7 Tempat Latihan: Kampus Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Jalan Pantai Manis, Papar
8 Yuran:
  • Pendaftaran : RM100. 00
  • Peperiksaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Tahap 1: RM 100.00
  • Peperiksaan Jabatan Pembangunan Kemahiran Tahap 2: RM 100.00
  • Cagaran Perpustakaan :RM100.00
9 Bilangan: 20 orang pelatih setiap ambilan kemasukan
10 Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu
11 Sistem Penilaian dan Persijilan:

1. Penilaian Teori dan Amali Tahap 1 (Terampil / Belum Terampil)
2. Peperiksaan Akhir Tahap 2 (Lulus / Gagal)

12 Tahap Sijil:

1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2

(SKM dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia kepada pelatih yang menjalani latihan kemahiran di institusi yang berdaftar sebagai Pusat Bertauliah JPK di seluruh Malaysia)

13 Kemudahan disediakan:

Asrama, makan-minum harian, pakaian seragam, kasut keselamatan, pinjaman buku teks, peralatan dan bahan latihan serta elaun bulanan (RM160.00)

14 Pertanyaan Lanjut:

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan program ini boleh diajukan kepada:

Pegawai Latihan Kanan (ILTP)
Emel : Tianinun.Iping@sabah.gov.my / webmaster.jpsm@sabah.gov.my
Nombor telefon : 088-270573
Nombor Fax : 088-225022